Assalamualaikum? entri ini adalah merupakan entri saya kali yang pertama.Tanpa membuang masa saya akan menyampaikan entri berkaitan dengan perihal orang melayu.Seperti yang kita tahu orang melayu bukanlah merujuk kepada bangsa namun lebih kepada indentitinya.Bangsa melayu yanng mengerakkan indentiti tersebut samaada kepada baik ataupun kurang baik.Isu pada kali ini bukan merujuk kepada semua golongan tetapi hanya segelintir sahaja.Namun ada peribahasa mengatakan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".Peribahasa ini merujuk kepada segelintir orang melayu yang tidak mencerminkan indentiti melayu itu sendiri.Sebagai contoh dari segi perilaku, budaya dan sosiologi.Jika diiimbas kembali pada abad yang ke 14 dapat dilihat kegemilangan melayu melaka yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa antarabangsa.Kenapa melayu melaka ketika itu boleh gemilang dan maju?jawapannya perpaduan.Perpaduan inilah yang menyebabkan penjajah portugis tidak berani untuk mencabut kemelayuan melaka,Jika kita membandingkan melayu pada masa kini, perbezaanya sangat ketara.Kemajuan yang dikecapi kini adalah kemajuan kelas pertama namun pemikiran adalah kelas ketiga.Saya sebagai orang melayu, bukan hendak mengaibkan bangsa sendiri namun inilah pemerhatian sejak 19 tahun saya berada di muka bumi ini.Kenapa hanya perpaduan yang ditonjolkan ketika bulan merdeka sahaja?Kenapa perpaduan ketika keramat 1 Malaysia dilaungkan oleh Datuk Najib Bin Tun Abdul Razak sahaja? Dimanakah perpaduan yang sebenar-benarnya?Contoh paling mudah yang dapat kita lihat ialah permainan bola sepak.Mustahilkah bagi kita untuk menjadikan bola sepak di Malaysia sebagai permainan antarabangsa setanding dengan pemain Barcelona, korea dan lain-lain lagi.Jawapannya tidak mustahil jika kita mengekalkan semangat perpaduan dan saling menyokong.Seperti Datuk Mokhtar Dahari, didalam setiap pasukan ketika itu terdapat tiga etnik iaitu cina,india dan melayu.Mereka merasakan semangat berpasukan itu perlu untuk melayakkan mereka ke peringkat antarabangsa,Mereka tidak melihat secara individu namun mereka melihat secara berkumpulan.Sokongan daripada peminat juga menjadikan mereka lebih bersemangat.Namun kini, jika pemain gagal dalam perlawanan maka peminat mula mencemuh,memaki dan sebgainya mengakibatkan pemain-pemain mula berasa 'down" dan berasa tidak kisah terhadap permainan mereka.Begitu juga dalam kehidupan seharian,jika bab-bab yang mustahil yang dilakukan oleh sesetengah individu maka ada segelintir pihak yang cuba menjatuhkan semangat sebagai contoh ayatnya berbunyi begini" engkau nak meniaga? jangan mimpilah,modal pun tak de.Meniaga aiskrim 2o sen pun tak laku ni nak buka yang besar2 masaklah kau" bukan ke lebih elok jika memberikan sokongan dengan mengatakan "aku yakin kau boleh tak de yang mustahilah pada kau, semoga berjaya".Hanya orang melayu sahaja yang boleh tolong orang melayu.Apabila berlakunya masalah sosial seperti mencuri.melepak, dan sebagainya pandai pulak nak memaki dan mencemuh orang-orang seperti itu, namun kita terfikir atau tidak kita tidak menyokong apa sahaja kebaikan yang mereka ingin lakukan.Jadi renung-renugkanlah kita berada di tahap yang mana?BUKAN SEMUA HANYA SEGELINTIR PIHAK SAHAJA.
Jumaat, 19 September 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
menarik dan bagus untuk dijadikan teladan bagi masyarakat melayu yang bepercah belah sekarang ni
BalasPadamTerima kasih semoga kritikan dan pujian membantu untuk entri yang lebih baik.
Padam